Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-18
HaiPress

Keadaan kereta (warna merah) selepas terlibat kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda (hitam)/JBPM Sarawak
MIRI,18 September- Seorang pemandu sebuah pacuan empat roda dilaporkan melarikan diri selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Pujut 7,malam tadi.
Kemalangan yang berlaku sekitar pukul 11.50 malam itu menyebabkan dua individu yang menaiki kereta berkenaan cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak,mangsa dikenali sebagai Hazizi Asyraf Hazman,30,dan Norsuriah Ajis,25.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Lopeng bersama polis,Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan ambulans membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa.
Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II TBK I Liew Yee Mee tamat sepenuhnya pada 12.14 tengah malam,manakala kes kini dalam siasatan polis.