Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-19
HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,19 September- Jumlah penduduk terjejas banjir di enam daerah Sabah menunjukkan sedikit peningkatan dengan 2,617 orang daripada 815 keluarga masih berlindung di 22 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 6.00 pagi,berbanding 2,565 orang melibatkan 801 keluarga tengah malam tadi.
Menurut Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC),daerah Membakut kekal mencatat jumlah tertinggi iaitu 1,036 orang melibatkan 328 keluarga,diikuti Penampang dengan 435 orang daripada 134 keluarga,Sipitang (346),Papar (253),dan Beaufort (274).
Manakala,di Sarawak Penduduk terjejas banjir seramai,13 orang terdiri daripada 3 keluarga di Marudi.
Sementara itu,penduduk terjejas akibat tanah runtuh di Sabah adalah seramai 185 orang daripada 41 keluarga yang berlindung di empat PPS iaitu dua di Penampang dan dua lagi di Papar.