Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-19
HaiPress

Delegasi MIHAS / BERNAMA
KUALA LUMPUR,19 September - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 edisi ke-21 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC),di sini,hari ini.
Pameran bertemakan “Mercu Keunggulan Halal” anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) itu dijangka menarik lebih 45,000 pelawat.
Ia melibatkan penyertaan 2,400 gerai pameran melibatkan pempamer dan pembeli dari 80 negara.
Menurut MATRADE,MIHAS terus diiktiraf sebagai platform utama industri halal antarabangsa dengan mengetengahkan pelbagai segmen.
Ini termasuk makanan dan minuman halal,farmaseutikal,peranti perubatan,kewangan Islam,fesyen dan gaya hidup,penjagaan diri,kosmetik serta pelancongan mesra Muslim.
Selain ruang pameran,MIHAS 2025 turut menampilkan misi pembelian khusus (INSP),seminar Hab Pengetahuan,sesi dialog bersama pemimpin industri serta majlis anugerah.
MATRADE turut mengumumkan penganjuran MIHAS@Shanghai dari 5 hingga 10 November ini bersempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE),sekali gus membuka ruang lebih luas kepada perusahaan Malaysia menembusi pasaran halal global yang pesat berkembang.
Tahun lalu,MIHAS 2024 mencatatkan nilai jualan dagangan sebanyak RM4.3 bilion,meletakkan tanda aras baharu kepada keupayaan Malaysia menerajui industri halal di pentas dunia.