Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-22
HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,21 September - Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil namun cenderung meningkat berbanding dolar Amerika minggu depan.
Ia berikutan pelabur meneliti aliran dagangan susulan keputusan Amerika Syarikat menurunkan kadar faedah utamanya.
Ketua Ahli EkonomiBank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid mengunjurkan mata wang negara pesat membangun.
Ia termasuk ringgit akan mendapat tarikan jika pelabur menganggap Fed ketinggalan dalam memberi reaksi terhadap dasar monetari.
Setakat ini,bank pusat ini lebih dilihat berada di landasan tepat dalam mengemudi dasar monetari.
Justeru,ringgit diunjur kekal di paras 4.20 berbanding dolar Amerika dalam masa terdekat ini.