Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-23
HaiPress

Foto hiasan
PETALING JAYA,22 September - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir,hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 1.00 pagi.
MET Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan cuaca tersebut dijangka melanda negeri Perak yang melibatkan kawasan Hulu Perak,Kinta dan Kampar,selain beberapa kawasan di negeri Kelantan iaitu Jeli,Tanah Merah,Kuala Krai dan Gua Musang.
Manakala,di negeri Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron,Lipis,Bera dan Rompin,negeri Melaka serta Tangkak di Johor.
Sementara itu di Sarawak,kawasan yang terjejas ialah Kuching (Lundu),Bintulu,Miri dan Limbang serta negeri Sabah (Sandakan).
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran",menurut kenyataan itu.