Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-23
HaiPress

Lelaki tempatan berusia 33 tahun maut ditimpa bahan binaan ketika kerja pemindahan menggunakan kren dijalankan
KUCHING,23 September –Sebuah syarikat pembinaan menerima empat notis larangan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sarawak susulan kemalangan maut di tapak projek berhampiran Muara Tebas Land District,Sabtu lepas.
Pejabat Pengarah JKKP Sarawak dalam kenyataan memaklumkan,tindakan itu diambil selepas seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun maut ditimpa bahan binaan ketika kerja pemindahan menggunakan kren dijalankan.
“JKKP memandang serius setiap kemalangan pekerjaan yang berlaku dan akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang gagal mematuhi keperluan undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan,” menurut kenyataan itu hari ini.
Kejadian berlaku ketika mangsa membuka ikatan dawai perancah di bahagian bawah bangunan,sebelum bahan binaan ‘lintel’ terjatuh lalu mengenai kepalanya sehingga menyebabkan kecederaan parah dan maut.
Kes kini disiasat bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.