Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-24
HaiPress

Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan / Foto BERNAMA
SHAH ALAM,23 September - Individu yang layak menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) tidak perlu melakukan sebarang pendaftaran.
Sebaliknya,mereka hanya perlu membuat pengesahan kelayakan subsidi di stesen minyak menggunakan MyKad,jelas Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
"Bila kita nak gunakan (subsidi) di stesen minyak,kita hanya hulurkan MyKad. Nanti kita tunjukkan cara penggunaannya di dalam kedai dan stesen minyak.
"Hanya perlu aktifkan,semak baki kelayakan,kemudian bayar dan isi minyak seperti biasa. Langkah ini mudah,tidak ada yang rumit,” katanya demikian pada sesi taklimat media BUDI95 di sini hari ini.
Tambah beliau,kerajaan komited memastikan pelaksanaan program BUDI95 berjalan lancar sekali gus membolehkan golongan yang layak dapat menikmati subsidi.
Selari hasrat itu,kerajaan turut menjalin kerjasama erat dengan syarikat-syarikat stesen minyak demi kelancaran proses pengesahan kelayakan subsidi menggunakan MyKad.