Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-24
HaiPress

Foto fail
IPOH,24 September -Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit di Jalan Chenderong Balai,Labu Kubong dekat Teluk Intan,awal pagi tadi.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata,sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat pada 12.23 tengah malam.
"Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu dipercayai terjatuh ke dalam parit sedalam dua meter dalam kejadian dianggarkan berlaku antara pukul 5 hingga 6 petang semalam. Hasil pencarian pihak bomba berjaya menemui mangsa di dasar air,kira-kira 800 meter dari lokasi dilaporkan jatuh," katanya dalam satu kenyataan.
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat kira-kira 4.10 pagi.