Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-24
HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,23 September – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) melancarkan kumpulan terakhir Program Pembangunan Syarikat Pertengahan (MTCDP) di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).
Langkah berkenaan sekali gus mempercepakan usaha mengantarabangsakan syarikat tempatan berpotensi tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE,Datuk Seri Mohd Mustafa Abdul Aziz dalam satu kenyataan memaklumkan,MTCDP bukan sekadar program,sebaliknya platform strategik untuk melahirkan juara global Malaysia.
“Gelombang terakhir ini bukan penamat,tetapi batu loncatan ke arah masa depan. MATRADE bersedia membawa momentum ini ke RMKe-13 dengan strategi lebih tajam dan penglibatan industri lebih mendalam,” katanya.
Sejak diperkenalkan pada 2014,program berimpak tinggi ini telah membimbing lebih 370 syarikat pertengahan (MTC) dalam pelbagai sektor untuk memperkukuh daya saing eksport dan menembusi pasaran antarabangsa.
Program tersebut menyasarkan syarikat berorientasikan eksport dengan hasil tahunan antara RM50 juta hingga RM500 juta bagi sektor pembuatan dan RM20 juta hingga RM500 juta bagi sektor perkhidmatan.