Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-25
HaiPress

Datuk Seri Mohamad Hasan / BERNAMA
NEW YORK,25 September - Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menghadiri Sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA 2025) di New York bermula hari ini hingga Ahad.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan memaklumkan Mohamad dijadualkan menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi Debat Umum pada Ahad,pukul 5 pagi (waktu Malaysia).
“Selain menyertai beberapa mesyuarat peringkat tertinggi,Mohamad juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” menurut kenyataan itu.
Penyertaan Malaysia dalam UNGA 2025 menzahirkan komitmen teguh Kerajaan MADANI terhadap multilateralisme dan usaha memperkukuh kerjasama global.
“Khususnya dalam memajukan keamanan dan keselamatan,perdagangan dan pelaburan,ekonomi hijau,teknologi baharu serta pembangunan mampan,” menurut Wisma Putra.
UNGA 2025 bertemakan Better together: 80 Years and More for Peace,Development and Human Rights.- BERNAMA