Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-28
HaiPress

FOTO JBPM SARAWAK
BETONG,28 September- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga emas,Rumai,75,dari Rumah Jantin Nanga Buai,Ulu Padeh,di sini,menemui petunjuk baharu hari ini.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan barang-barang milik wanita berkenaan ditemui di kawasan belakang rumah panjang serta kawasan sungai berdekatan.
SAR bermula pukul 8.15 pagi melibatkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong,Polis Diraja Malaysia (PDRM),Angkatan Pertahanan AwamMalaysia (APM),RELA serta penduduk kampung.
Rumai dilaporkan hilang pada Selasa lepas selepas keluar dari rumah menuju kawasan belakang rumah panjangnya.