Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-28
HaiPress

Mohd Husni Mohamad Salleh
LABUAN,28 September- Pemain industri di Labuan kini lebih mudah mendapatkan maklumat dan kelulusan daripada SIRIM,CIDB serta e-Permit melalui One Stop Business Information Centre (OSBIC) di laman sesawang rasmi Perbadanan Labuan (PL).
OSBIC yang diwujudkan awal tahun ini berperanan sebagai pusat rujukan maklumat dan sokongan untuk pemain industri serta komuniti perniagaan di pulau itu.
Satu jerayawara dianjurkan bersama Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) berlangsung di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan hari ini,dengan hampir 150 peserta hadir termasuk pemain industri serta pempamer dari agensi kerajaan dan swasta.
Pengerusi Perbadanan Labuan,Datuk Mohd Husni Mohamad Salleh berkata,usaha itu diharap dapat memberi pendedahan kepada pemain industri bagi melancarkan proses permohonan import melibatkan kelulusan SIRIM dan CIDB.
Beliau menegaskan,inisiatif ini penting dalam memperkasa komuniti usahawan dan pemain industri pembinaan dengan maklumat serta sokongan teknikal menyeluruh,termasuk piawaian,inovasi teknologi dan pematuhan industri.
Tambahnya,OSBIC juga membantu membina rangkaian strategik serta merancakkan ekosistem keusahawanan dan pembangunan ekonomi Labuan.