Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-29
HaiPress

Foto BERNAMA
PETALING JAYA,28 September - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir,hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 9.00 malam.
MET Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan,cuaca tersebut dijangka di negeri Perlis,selain beberapa kawasan di Kedah (Langkawi,Kubang Pasu,Kota Setar,Pokok Sena,Padang Terap,Pendang,Sik dan Baling) serta Pulau Pinang.
Keadaan sama turut diramal melanda Kelantan (Tumpat,Pasir Mas,Kota Bharu,Jeli,Tanah Merah,Bachok,Machang dan Pasir Puteh),Terengganu (Kuala Nerus dan Kuala Terengganu) serta Johor (Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Sementara itu,di Sarawak pula melibatkan Kuching,Serian,Samarahan (Samarahan dan Asajaya),Sarikei (Sarikei dan Meradong),Sibu (Sibu),Mukah (Tanjung Manis,Daro,Matu dan Dalat) dan Kapit (Song).