Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-30
HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,29 September - Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) akan mengadakan sesi dialog bersama kira-kira 200 pelajar sekolah rendah dan menengah pada 6 Oktober ini bagi mendapatkan pandangan mereka berhubung usaha kerajaan menubuhkan Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Antibuli.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said,berkata sesi itu penting kerana kanak-kanak adalah pihak yang berdepan sendiri dengan situasi berkenaan,sekali gus dapat memberi gambaran jelas mengenai kesedaran mereka terhadap masalah buli serta strategi pencegahan awal.
"Kalau kita lihat,pandangan mereka agak berbeza-beza dan mereka meletakkan banyak harapan terhadap sistem yang dibangunkan. Mereka juga mengakui bahawa buli adalah masalah yang perlu ditangani segera.
"Selain itu,mereka bijak bercakap tentang kesedaran dan strategi pencegahan. Saya melihat ia sebagai pandangan yang positif kerana anak muda memahami bahawa ini adalah satu masalah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sesi Townhall Antibuli di sini,hari ini.