Kerajaan mampu capai sasaran defisit fiskal 3.5 peratus

2025-10-11     HaiPress

Foto arkib

KUALA LUMPUR,10 Oktober -Malaysia diyakini berupaya mencapai sasaran defisit fiskal 3.5 peratus pada 2026 menerusi komitmen kerajaan membanteras ketirisan,pembaziran dan rasuah.

Pakar Ekonomi Putra Business School,Prof. Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata,keyakinan itu bersandarkan rekod prestasi kerajaan MADANI yang berjaya menurunkan kadar defisit sejak 2022.

“Saya yakin negara mampu mencapai sasaran kadar defisit yang diunjur dalam belanjawan kali ini kerana melihat pada rekod dan prestasi sebelum ini defisit kekal menurun.

Defisit fiskal dapat diturunkan dari tahun ke tahun menerusi pendekatan digariskan dalam belanjawan kali ini,antaranya komitmen tegas membanteras ketirisan,pembaziran dan rasuah,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu di konti radio Nasional FM hari ini.

Tambahnya,pembentangan Belanjawan 2026 menepati jangkaan sembilan perkara utama yang diberi tumpuan.

Antara yang paling signifikan ialah kemampuan kerajaan mengekalkan perbelanjaan mengembang sambil terus menurunkan kadar defisit.

Prof. Dr Ahmed Razman menjelaskan keyakinan itu turut disokong hasil kutipan kerajaan menerusi cukai baharu dan penyasaran semula subsidi bahan api.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.