Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-10-13
HaiPress

Foto RTM
MELAKA,13 Oktober - Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang merekodkan jangkitan influenza melebihi 50 kes dalam kalangan pelajar dibenar untuk laksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR).
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA),Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata,ia bagi memutuskan rantaian virus dan membolehkan proses sanitasi dilakukan.
Tambah beliau,pengurusan MRSM diberi kelonggaran untuk membuat pertimbangan sebaiknya tanpa menetapkan tempoh pelaksanaan PDPR terbabit.
"Semua pelajar dibenarkan pulang ke rumah. Namun bagi pelajar-pelajar SPM yang tidak terkena jangkitan dan memilih untuk berada di MRSM,mereka boleh teruskan.
"Kita ada jumlah yang mampu dikawal peringkat MRSM. Pada masa sama kita akan melaksanakan sanitasi di asrama dan kawasan-kawasan dalam MRSM," jelasnya kepada media selepas menyempurnakan perasmian penutup Program Pemerkasaan Wanita MARA Kota Melaka,malam tadi.
Datuk Dr Asyraf Wajdi memaklumkan setakat ini 34 daripada 57 MRSM di seluruh negara melaksanakan PDPR setakat susulan penularan influenza dalam kalangan pelajarnya.