Tindakan kolektif tangani isu sosial dalam kalangan remaja

2025-10-15     HaiPress

Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Nancy Shukri/ BERNAMA

KUALA LUMPUR,15 Oktober - Pendekatan menyeluruh secara empati perlu dalam menangani cabaran nilai serta tekanan sosial yang dihadapi golongan remaja.

Justeru,Menteri Pembangunan Wanita,Datuk Seri Nancy Shukri mengharapkan isu sosial dalam kalangan remaja memerlukan tindakan kolektif semua pihak.

"Kita tidak boleh memandang kes-kes yang melibatkan remaja baru-baru ini,sebagai kes terpencil. Punca isu itu bukan hanya mengenai displin atau teknologi,tetapi juga bimbingan,komunikasi dan kasih dalam keluarga serta komuniti sekolah",katanya di Parlimen.

Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) juga percaya keluarga dan sekolah perlu berkolaborasi dalam membentuk kasih sayang dan panduan nilai murid.

Dalam masa sama,kementerian komited memperluas program intervensi dalam kalangan ibu bapa bagi memperkasa institusi kekeluargaan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.