Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-10-15
HaiPress

Foto arkib/RTM
KUALA LUMPUR,15 Oktober - Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung titah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berhubung keperluan mewujudkan persekitaran yang selamat di semua institusi pendidikan.
KPM menerusi satu kenyataan berkata titah Raja Zarith Sofiah menjadi peringatan kepada seluruh warga KPM untuk menangani isu salah laku seksual yang memberi implikasi negatif kepada seluruh masyarakat dan negara.
KPM juga komited untuk melaksanakan kempen kesedaran yang menyeluruh di semua institusi pendidikan sebagaimana dititahkan Seri Paduka Baginda.
"KPM akan melihat kepada keberkesanan modul Tindak Demi Anak Kita (TinDak) serta berkerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi melaksanakan kajian pengaruh media sosial kepada murid.
"Keprihatinan Seri Paduka Baginda menzahirkan pelbagai pandangan berkenaan isu sosial dan langkah-langkah untuk menanganinya menjadi panduan kepada kementerian untuk memperkukuhkan aspek keselamatan di institusi pendidikan," menurut kenyataan itu.
Semalam,Raja Zarith Sofiah bertitah agar KPM menilai kepada keberkesanan modul di bawah kempen TinDak dalam usaha memperkukuh persekitaran sekolah yang lebih selamat dengan penglibatan aktif ibu bapa.