Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-10-17
HaiPress

Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan/ BERNAMA
REMBAU,16 Oktober - Kerajaan Malaysia memberi bantuan kemanusiaan termasuk kewangan kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Asia Barat dan Palang Merah Palestin.
Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan,berkata banyak bantuan kemanusiaan dalam bentuk barangan sedang menunggu giliran untuk dibawa masuk ke Gaza.
Bagaimanapun jelasnya,bantuan belum dapat diserahkan kerana Israel masih mengenakan had kenderaan untuk masuk ke Gaza meskipun gencatan senjata telah dilaksanakan.
"Bantuan barangan memang sudah banyak,ribuan kontena sedang beratur untuk dibenarkan masuk ke Palestin,termasuk sumbangan dari Malaysia,NGO serta syarikat-syarikat tajaan tempatan.
"Namun,semuanya tersekat kerana pintu masuk ke Rafah telah ditutup sejak beberapa bulan lalu. Pintu masuk ke Gaza itu telah lama ditutup,kira-kira lima ke enam bulan,akibat kepungan oleh Israel yang menyekat kemasukan sebarang bantuan kemanusiaan.
"Ramai penduduk di Gaza mengalami kebuluran,dan meski pun laluan Rafah dibuka semula baru-baru ini,Israel masih tidak membenarkan semua laluan bantuan masuk dengan lancar," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan DUN Chembong sempena Deepavali di Dewan Orang Ramai Pedas.