Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-10-27
HaiPress

Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Airports,Datuk Mohd Izani Ghani/RTM
KOTA BHARU,27 Oktober – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memberi jaminan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik bagi memastikan kelancaran semua delegasi yang terbabit sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara.
Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Airports,Datuk Mohd Izani Ghani berkata persidangan itu dianggap pembukaan tirai kepada Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 yang dijangka menarik kehadiran ramai delegasi atau pelancong antarabangsa.
"Semua kakitangan kami bekerjasama memastikan perjalanan dan pengurusan delegasi ASEAN berjalan lancar. Alhamdulillah,setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik dan akan diteruskan sehingga mesyuarat berakhir pada 28 Oktober ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP),di sini,malam tadi selepas meraikan penerbangan sulung Scoot dari Singapura ke Kota Bharu,yang mendarat pada pukul 10.15 malam.
Datuk Mohd Izani berkata,LTSIP bukan sekadar pintu masuk utama ke Kelantan tetapi juga nadi penting kepada pertumbuhan ekonomi dan pelancongan Pantai Timur.
Sejak Januari hingga September tahun ini,lapangan terbang itu telah mengendalikan lebih 1.3 juta penumpang iaitu peningkatan 122.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu,sekali gus menggambarkan pertumbuhan luar biasa dalam permintaan perjalanan udara dari dan ke Kota Bharu.