Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-10-27
HaiPress

Pelbagai produk dihasilkan 133 usahawan MARA termasuk wanita berjaya menembusi pasaran antarabangsa
JOHOR BAHRU,24 Oktober - Nilai jualan lebih RM100 juta berjaya diraih menerusi Program Gate To Global (GTG) anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Ahli Majlis MARA - Senator Datuk Rosni Sohar memaklumkan,jumlah itu direkodkan bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.
Ia hasil pemasaran pelbagai produk makanan dan minuman membabitkan 133 usahawan MARA termasuk wanita.
Beliau yang juga Pengerusi Program Pemerkasaan Wanita MARA memberitahu,produk berkenaan berhasil menembusi pasaran antarabangsa termasuk China,Indonesia,Korea Selatan dan Thailand.
"Sebanyak RM1.3 juta disedia bagi memperkasa usahawan wanita untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat global. Selain itu,RM20 juta turut disalurkan di bawah Dana NITA di seluruh negara," katanya pada Program Pemerkasaan Wanita MARA Peringkat Negeri Johor di sini.
Program itu dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Noraini Ahmad.
GTG bertujuan memperkasa wanita Bumiputera dalam bidang ekonomi.
Program tersebut turut memberi pendedahan dan akses kepada pelbagai inisiatif keusahawanan MARA,antaranya geran padanan,kemudahan pembiayaan dan latihan keusahawanan.