Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-10-29
HaiPress

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz/RTM
KUALA LUMPUR,29 Oktober -Kerajaan bertindak dengan berhemah,berunding mempertahankan kelangsungan perniagaan,pasaran eksport dan maruah negara menerusi perjanjian timbal balas Malaysia-Amerika Syarikat (AS).
Menteri Pelaburan,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata dalam perjanjian berkenaan,Malaysia berpegang teguh prinsip berkecuali dengan memastikan kepentingan dan kedaulatan negara.
Beliau berkata,Malaysia tetap perlu berunding dengan AS walaupun berdepan tekanan tarif unilateral demi kepentingan ekonomi dan negara.
"Ini pasaran penting buat Malaysia. Mahu tidak mahu kita perlu bangkit pertahankan akses kepada pasaran ini walaupun berhadapan dengan tekanan tarif timbal balas bersifat unilateral oleh kerajaan AS. Kita tiada pilihan tetapi untuk berunding demi kepentingan negara dan eknomi kita dan sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawabkita tidak beri alasan mencari salah.
"Tetapi kita terus bertindak pantas dan penuh hemah dan bijaksana bangkit berunding mempertahan kelangsungan perniagaan,melindungi punca pendapatan rakyat,mengekalkan pasaran eskport kita dan mempertahnakan maruah negara,"katanya pada Sesi Kenyataan Menteri mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-AS,di Dewan Rakyat.