Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-10-29
HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,28 Oktober – Batik Air menjalin kerjasama dengan Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) bagi menawarkan kemudahan dan keistimewaan tambahan kepada penumpang kelas perniagaan.
Melalui kerjasama ini,Batik Air menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang bekerjasama dengan ERL untuk menawarkan diskaun sehingga 25 peratus bagi tiket Business Class Flexi melalui perkhidmatan KLIA Ekspres.
Dalam kenyataan syarikat penerbangan itu berkata,kerjasama ini memberi pengalaman perjalanan yang lebih lancar antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),hanya dalam masa 28 minit.
Penumpang turut menikmati kelebihan seperti keutamaan daftar masuk,elaun bagasi lebih besar,pilihan penjadualan semula fleksibel dan akses ke ruang istirahat eksklusif.
Selain itu,penumpang juga boleh daftar masuk terus di KL Sentral dengan kemudahan serahan bagasi sebelum menaiki KLIA Ekspres.
Inisiatif ini menyokong usaha Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan menyediakan perjalanan ke lapangan terbang yang lebih mudah dan menjimatkan masa.