Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-11-03
HaiPress

Foto Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
SEMPORNA,2 November - Sebuah kapal baharuakan ditempatkan di Sabah pertengahan November ini bagimeningkatkan keupayaan rondaan dan penguatkuasaanAgensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Ia menjadi simbol komitmen kerajaan dalam melindungi kedaulatan perairan negara terutama di Kawasan Sabah Timur (ESS Zone).
Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata,aset maritim itu merupakan pemberian kerajaan Amerika Syarikat melalui US Coast Guard hasil hubungan kerjasama pertahanan yang kukuh antara kedua-dua negara.
"Pada masa yang sama,kita mempunyai hubungan kerjasama yang baik dengan beberapa negara,termasuk Amerika Syarikat. Kita telah menerima sumbangan kapal daripada US Coast Guard,yang kini telah siap dan sedang dalam pelayaran.
"Dua hari lalu,kapal tersebut berada di Pittsburgh dan minggu lepas ia diletakkan di Suez. Kapal ini dijangka tiba di Telang pada 5 haribulan,dan kerana kepentingan Sabah,ia akan ditempatkan di Sabah pada 13 haribulan," katanya selepas Majlis Penyerahan Projek Siap Kompleks Maritim Zon Semporna di sini hari ini.
Perkara tersebut menjadi bukti keselamatan Sabah merupakan keutamaan dan ia menunjukkan keupayaan kita dalam memastikan keselamatan di negeri ini.
Penambahan aset maritim itu turut dijangka mengoptimumkan operasi agensi keselamatan seperti Maritim Malaysia,Polis Diraja Malaysia dan agensi keselamatan lain dalam menangani ancaman penyeludupan,pemerdagangan manusia dan pencerobohan sempadan.