Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-11-03
HaiPress

Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU,3 November - Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Johor akan diatasi dalam masa terdekat.
Semua loji utama bawah seliaaan Ranhill SAJ (RSAJ) kini beroperasi sepenuhnya 100%,setakat pukul 8 malam tadi.
Exco Kerja Raya,Pengangkutan,Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor,Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata,loji berkenaan merupakan Loji Rawatan Air (LRA) Linggiu,Semangar,Sungai Johor dan LRA PUB Singapura.
Gangguan bekalan air berlaku susulan insiden pencemaran air mentah di Lembangan Sungai Johor,Kota Tinggi,yang dikesan pada 31 Oktober lalu.
Ketika ini,lebih 149,000 akaun termasuk di kawasan Iskandar Puteri dan Kulai,masih terjejas.
Pihak RSAJ sedang melaksanakan pemulihan secara berperingkat-peringkat bagi menstabilkan tekanan dan agihan bekalan di semua kawasan terlibat.
Orang ramai diminta terus berjimat menggunakan air dan mengikuti makluman rasmi dari semasa ke semasa.