Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-11-06
HaiPress

Foto RTM
DURIAN TUNGGAL,5 November - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memohon kerjasama dari pihak berkuasa Thailand untuk menyemak status kerakyatan suspek kes tembak di Sungai Golok,Sabtu lepas.
Menterinya,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tegaskan dari segi undang-undang,Malaysia tidak mengiktiraf dua kerakyatan.
"Maksudnya kalau ada insiden begitu,kita akan minta mereka memilih satu kerakyatan sahaja.
"Saya akan minta Jabatan Pendaftaran Negara semak jika terdapat rekod yang boleh dibuat perbandingan dan kita juga akan minta kerjasama dari negara jiran (Thailand) kerana proses ini tidak boleh dilakukan sehala," jelasnya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) 2025 di Dewan Canselor UTeM,di sini.
Pada majlis berkenaan,seramai 436 pegawai,kakitangan dan anggota RELA menamatkan latihan SKM melibatkan pelbagai bidang termasuk Penyeliaan Perkhidmatan Sekuriti,Pentadbiran Pejabat,Kejurulatihan Taktikal Senjata Api dan Penyeliaan Penyelenggaraan Senjata Api.