Fri Nov 07
Kompleks Seri Negeri jadi platform rakyat suarakan isu kepada exco
2025-11-07
HaiPress

FOTO BERNAMA
JALAN TAMING SARI,7 November - Kompleks Seri Negeri,Ayer Keroh dibuka kepada orang awam pada 13 November ini bagi menyampaikan aduan secara terus kepada exco kerajaan negeri mengikut portfolio masing-masing.
Ia bagi Program Hari Exco Bersama Rakyat (HEBAT) siri 2 yang diisi dengan pelbagai aktiviti serta perkhidmatan terus kepada rakyat.
Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata,program ini membuktikan kerajaan negeri mendengar suara rakyat dan menyelesaikan sebarang permasalahan yang diajukan dengan segera.
Beliau berkata,kira-kira 80 peratus daripada 200 aduan yang diterima pada HEBAT siri 1 berjaya diselesaikan.
"Semua exco kerajaan negeri akan datang bertemu rakyat jadi kita akan tengok apa masalah rakyat ini akan disantuni seluruh Melaka. Kalau wakil rakyat untuk rakyat itu untuk kawasan setempat saja,seluruh Melaka boleh datang bawa masalah.
"Masalah cukai tanah ke,masalah tanah-tanah yang tak dapat diselesaikan ke,masalah dengan PBT (pihak berkuasa tempatan),hal yang berkaitan dengan kebajikan rakyat juga akan diambil kira. Masalah banjir,masalah apa pun datang suarakan untuk kita mengetahui.
"Sebenarnya kita bukan nak menjangkau seluruh Melaka tapi apabila rakyat datang ini,kita akan masukkan dalam sistem supaya kita dapat esok kalau nak merangka pembangunan Melaka,kita akan mengambil kira semua maklum balas rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas bersiaran bagi Segmen Dak Rauf Masuk Konti di konti Melakafm di sini.
Tambah beliau,HEBAT yang akan berlangsung bermula pukul 9.00 hingga 4.00 petang itu turut menyediakan kaunter perkhidmatan bergerak agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.
Katanya,beliau optimismelalui pendekatan ini secara tidak langsung menjadi medan untuk menilai kesan langsung penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.



