Fri Nov 07
Reformasi Ekonomi MADANI berjaya turunkan defisit fiskal negara kepada 4.1 Peratus
2025-11-07
HaiPress

Defisit fiskal negara merekodkan pengurangan kepada 4.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2024 berbanding lima peratus pada 2023/Foto hiasan/RTM
KUALA LUMPUR,6 November – Defisit fiskal negara merekodkan pengurangan kepada 4.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2024 berbanding lima peratus pada 2023.
Timbalan Menteri Kewangan,Lim Hui Ying berkata angka itu lebih baik berbanding sasaran awal 4.3 peratus,dan dijangka terus menurun kepada 3.8 peratus pada 2025 serta 3.5 peratus pada 2026.
Jelasnya,pencapaian itu adalah hasil reformasi menyeluruh yang dilaksanakan kerajaan melalui kerangka Ekonomi MADANI dalam pelan konsolidasi fiskal nasional.
“Pada masa sama,kadar pertumbuhan hutang negara terus berkurang daripada 10.2 peratus pada 2022 kepada 6.4 peratus pada 2024 serta dijangka turun lagi kepada sekitar 6 peratus pada 2025. Ini mencerminkan keupayaan kerajaan mengurus fiskal secara berhemat dan berdisiplin tanpa mengorbankan kesejahteraan rakyat,” katanya di Dewan Rakyat,di sini.
Timbalan Menteri Kewangan,Lim Hui Ying/BERNAMA


