Wed Nov 26
BNM kekal OPR pada 2.75%, isyarat ekonomi Malaysia terus berdaya tahan
2025-11-07
HaiPress

Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus/Foto hiasan/RTM
KUALA LUMPUR,6 November – Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC),mencerminkan keyakinan terhadap ketahanan ekonomi serta kestabilan harga semasa.
BNM dalam kenyataannya memaklumkan,penunjuk terkini menunjukkan pengembangan berterusan dalam pertumbuhan global,meskipun kesan tarif yang lebih tinggi dijangka terus memberi tekanan terhadap ekonomi dunia.
Namun,prospek pertumbuhan global masih disokong oleh pasaran pekerjaan yang kukuh,inflasi yang menurun,serta dasar monetari dan fiskal yang semakin menyokong pertumbuhan.
Penyelesaian lebih banyak rundingan perdagangan turut membantu mengurangkan ketidakpastian global,walaupun risiko terhadap pertumbuhan kekal wujud akibat tarif khusus produk dan ketegangan geopolitik yang meningkat.
Bank Negara Malaysia/Foto hiasan/RTM


