Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-11-07
HaiPress

Foto Kecil: Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd,Mohd Sedek Jantan
KUALA LUMPUR,6 November- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus menunjukkan keyakinan terhadap ketahanan asas ekonomi dan kawalan inflasi yang kekal stabil.
Menurut Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd,Mohd Sedek Jantan,keputusan disokong momentum pertumbuhan ekonomi yang kukuh.
Beliau berkata Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) suku ketiga meningkat 5.2 peratus berbanding 4.4 peratus pada separuh pertama tahun ini,mencerminkan prestasi ekonomi yang lebih baik daripada jangkaan.
"Inflasi dijangka kekal terkawal antara 1.5 hingga 2.0 peratus. Ini memberi ruang kepada BNM untuk mengekalkan kadar faedah sedia ada tanpa tekanan untuk melonggarkan dasar monetari,” katanya menerusi hantaran video kepada RTM.
Tambahnya,pengekalan OPR turut membantu mewujudkan kestabilan bagi perniagaan dan pengguna dalam merancang pelaburan serta perbelanjaan.
Beliau menjangkakan trajektori pertumbuhan ekonomi tahun ini kekal positif,dipacu oleh eksport yang berdaya tahan serta permintaan domestik yang stabil.