Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-11-07
HaiPress

Bank Negara Malaysia/Foto hiasan/RTM
KUALA LUMPUR,7 November – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$123.8 bilion setakat 31 Oktober 2025,berbanding AS$123.4 bilion yang direkodkan pada 15 Oktober 2025.
Menurut kenyataan BNM,paras rizab tersebut memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek negara.
“Komponen utama rizab merangkumi rizab mata wang asing sebanyak AS$109.3 bilion,paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berjumlah AS$1.3 bilion,dan hak pengeluaran khas sebanyak AS$6.0 bilion,” jelas BNM.
Selain itu,emas dan aset rizab lain masing-masing berjumlah AS$4.8 bilion dan AS$2.4 bilion.