Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-11-07
HaiPress

Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.7 peratus pada September 2025/Foto arkib/BERNAMA
KUALA LUMPUR,7 November – Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.7 peratus pada September 2025,meningkat berbanding 4.8 peratus yang direkodkan pada bulan sebelumnya,dipacu oleh prestasi kukuh sektor pembuatan dan perlombongan.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM),pengembangan itu disumbangkan oleh pertumbuhan sektor pembuatan sebanyak 5.0 peratus,sektor perlombongan 10.2 peratus,dan sektor elektrik yang meningkat 2.8 peratus.
Ketua Perangkawan,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata dalam sektor pembuatan,industri berorientasikan domestik meningkat 5.3 peratus pada September 2025,berbanding 3.8 peratus pada Ogos 2025.
“Momentum positif ini disumbangkan oleh peningkatan dalam pembuatan produk prosesan makanan (9.0 peratus),pembuatan logam asas (6.1 peratus) serta pembuatan produk logam yang direka,kecuali mesin dan kelengkapan (4.5 peratus).
“Begitu juga industri berorientasikan eksport terus meningkat sebanyak 4.8 peratus pada September 2025 selepas mencatatkan 2.3 peratus pada bulan sebelumnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau,prestasi positif sektor eksport disokong terutamanya oleh pembuatan komputer,produk elektronik dan optikal yang merekodkan pertumbuhan sebanyak 8.8 peratus.
Bagi sektor perlombongan,peningkatan 10.2 peratus pada September 2025 didorong oleh pengeluaran petroleum mentah dan kondensat yang menokok sebanyak 13.0 peratus (Ogos 2025: 11.4 peratus).
Namun,katanya,peningkatan lebih perlahan direkodkan bagi pengeluaran gas asli yang hanya meningkat 8.5 peratus.
Di peringkat global,IPP kebanyakan negara turut menunjukkan aliran meningkat bagi bulan dikaji,dengan kenaikan dua angka tahun ke tahun seperti direkodkan oleh Singapura (16.1 peratus),Taiwan (15.5 peratus) dan Korea Selatan (11.6 peratus).