Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-11-10
HaiPress

Malaysia terus meneguhkan kedudukannya sebagai peneraju diplomasi serantau melalui dasar berkecuali yang matang dan berprinsip,sejajar dengan kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN 2025/Foto arkib/BERNAMA
KUALA LUMPUR,7 November – Malaysia terus meneguhkan kedudukannya sebagai peneraju diplomasi serantau melalui dasar berkecuali yang matang dan berprinsip,sejajar dengan kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN 2025 yang menyaksikan penglibatan aktif kuasa besar dunia termasuk Amerika Syarikat (AS) dan China.
Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM),Profesor Madya Dr. Khoo Ying Hooi berkata pendekatan berkecuali Malaysia memberi kelebihan strategik dalam memperkukuh kestabilan dan keharmonian rantau di tengah cabaran geopolitik global yang kompleks.
Beliau menegaskan,kejayaan dasar berkecuali memerlukan kebijaksanaan Malaysia dalam menyusun langkah strategik bagi mengimbangi hubungan antara dua kuasa besar dunia.
Profesor Madya Dr. Khoo Ying Hooi/RTM