Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-11-13
HaiPress

Foto Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)
PONTIAN,13 November -Nelayan warga emas yang dilaporkan hilang di perairan Kukup,dekat sini,sejak Selasa lalu,telah ditemukan maut,kira-kira pukul 4.30 petang semalam.
Koordinator Operasi Mencari dan Menyelamat,Kepten Maritim Kama Azri Kamil dalam kenyataan berkata,mayat mangsa dijumpai lima batu nautika dari lokasi dipercayai hilang.
"Mangsa,Tan Swee Pin,65 tahun,dilaporkan keluar menangkap ketam pada 11 November lalu,dan tidak pulang ke rumah," katanya menerusi kenyataan itu.
Laporan kehilangan mangsa dibuat pagi semalam,sebelum operasi operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) digerakkan.
Mayat diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Pontian untuk pengecaman ahli keluarga.
Selain Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia),operasi turut melibatkan Pasukan Polis Marin,Bomba dan Penyelamat,Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).