Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-11-21
HaiPress

Foto RTM
MELAKA,21 November - 207 koperasi belia ditubuhkan dengan penglibatan kira-kira 87,000 ahli di seluruh negara.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyifatkan penyertaan golongan itu dalam koperasi masih rendah.
Pengerusinya,Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal berkata,justeru pihaknya menyasarkan penyertaan lebih ramai belia dalam koperasi pada tahun depan dan komited memastikan koperasi belia di negara ini berkualiti tinggi dan berdaya saing.
"Sasaran tersebut bukan sahaja dari segi angka,sebaliknya kita mahu memastikan penubuhan koperasi itu berkualiti selaras saranan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ke arah itu,kita perlu buat kawalan dengan tatakelola ketat," jelasnya pada Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Negeri Melaka.
Pada majlis berkenaan,berlangsung penyerahan dana bantuan berjumlah RM300,000 bawah Program Bantuan Pemerkasaan Koperasi Kluster Mikro dan program pembangunan koperasi oleh kerajaan negeri kepada SKM Melaka.
Dalam pada itu,beliau memaklumkan,kebanyakan koperasi belia terlibat dalam sektor perkhidmatan,pelancongan dan keterjaminan makanan.