Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-11-26
HaiPress

Pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pasir ditutup sepenuhnya pada pukul 10.00 pagi tadi
BUKIT MERTAJAM,26 November - Pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pasiryang menempatkan penduduk terjejas banjir sejak Ahad lalu ditutup sepenuhnya pagi tadi.
Penutupan PPS itu sekali gus menjadikan situasi banjir di Pulau Pinang pulih sepenuhnya.
Menurut Pusat Pengurusan Bencana Pulau Pinang (SDCC),penutupan PPS terbabit pada pukul 10.00 pagi tadi selepas menempatkan 50 penduduk dari 11 keluarga.
Kesemua mangsa yang berlindung di PPS berkenaan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah situasi banjir kembali pulih.
PPS berkenaan dibuka pada Ahad lalu bagi menempatkan mangsa terjejas banjir selepas Kampung Kota dan Kampung Kolam yang dilanda banjir akibat hujan lebat berterusan sejak Ahad lepas.