Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-11-28
HaiPress

FOTO APM NEGERI PERLIS
KANGAR,28 November - Bilangan penduduk terjejas banjir di Perlis menunjukkan penurunan selepas enam hari negeri itu dilanda bencana.
Sehingga pukul 12 tengah hari,jumlah penduduk terjejas menurun kepada 7,536 orang berbanding 7,609 orang pagi tadi. Ini turut menyaksikan penurunan bilangan keluarga kepada 2,253 keluarga,berbanding 2,276 sebelum ini.
Bagaimanapun,24 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di seluruh negeri.
Menurut data Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis,Kangar kekal mencatatkan jumlah penduduk tertinggi yang berlindung di PPS,iaitu 4,491 orang daripada 1,323 keluarga.
Ia diikuti Arau dengan 1,771 orang daripada 554 keluarga,manakala Padang Besar merekodkan 1,264 orang daripada 376 keluarga.
Tinjauan mendapati beberapa kawasan yang dinaiki air beransur surut,khususnya di sekitar Arau dan Padang Besar.
Namun di Kangar,terdapat beberapa kawasan baharu yang dilaporkan mula dinaiki air akibat aliran banjir,termasuk sekitar Kampung Panggau menghala ke Kuala Perlis.