Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-11-28
HaiPress

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia,Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah
GEORGE TOWN,28 November - Pulau Pinang dikenal pasti antara lokasi transit utama kegiatan jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan migran,susulan kedudukannya yang berhampiran Indonesia.
Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia,Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata,jarak yang dekat itu menjadikan negeri berkenaan sebagai laluan keluar masuk sindiket sebelum migran diseludup ke lokasi lain.
Antara laluan yang sering digunakan ialah perairan Kuala Muda,Nibong Tebal dan Balik Pulau.
"Melalui maklumat serta operasi yang dijalankan sebelum ini,memang terdapat kes penyeludupan migran masuk ke negara melalui Pulau Pinang. Negeri ini salah satu kawasan dikenal pasti selain negeri lain di perairan Selat Melaka.
"Jaraknya dengan Indonesia pun dekat,jadi ia jadi hub atau stesen sementara sebelum migran dihantar keluar atau dibawa masuk ke negara kita. Sebab itu OP REDBACK kali ini kita fokus kepada Pulau Pinang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutup Operasi Redback Siri 21/2025 di George Town.