Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-11-28
HaiPress

FOTO RTM
LABUAN,28 November - Sinergi antara Alam Sekitar,Sosial dan Tadbir Urus (ESG),kewangan Islam serta hala tuju pendigitalan menjadi tumpuan utama Siri Syarahan Kewangan Antarabangsa Labuan anjuran Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA).
Program berkenaan berfungsi sebagai platform penting untuk memperkukuh perkongsian ilmu mengenai pembangunan kewangan global,selaras peningkatan permintaan terhadap penyelesaian kewangan mampan dan patuh syariah.
Ketua Pengarah Labuan FSA,Affendi Rashdi,dalam ucapannya menegaskan,inovasi Syariah berasaskan kelestarian kini menjadi tunjang kekuatan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).
"Ia meliputi integrasi prinsip syariah,aset kredit karbon serta tokenisasi digital dalam struktur Sukuk Iklim," katanya.
Affendi turut menekankan pentingnya memperkukuh peranan Labuan IBFC sebagai pusat penyelesaian kewangan inovatif yang menyokong nilai jangka panjang,inklusiviti dan impak positif kepada ekonomi.
Menurutnya,peralihan global ketika ini menyaksikan kelestarian,teknologi dan kewangan beretika bergerak seiring dalam membentuk semula penilaian risiko,peruntukan modal dan penciptaan nilai jangka panjang.
Program tersebut dihadiri kira-kira 230 peserta,merangkumi pemimpin industri dan pengamal kewangan.