Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-11-28
HaiPress

FOTO KUSKOP
KUALA LUMPUR,28 November - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA) melaksanakan program Special Business Matching (SBM) sempena Misi Perdagangan Khas di Queen Elizabeth 2,Dubai,Emiriah Arab Bersatu.
KUSKOP dalam satu kenyataan memaklumkan,inisiatif itu sebagai usaha memperkukuh kehadiran francais Malaysia di pasaran global.
"Misi berkenaan menyasarkan potensi nilai jualan sehingga RM20 juta,merangkumi rundingan pelaburan,pembukaan cawangan baharu dan peluasan rangkaian francais tempatan di pasaran Asia Barat melalui sesi padanan perniagaan berfokus.
"Delegasi KUSKOP dan MFA menghimpunkan jenama francais Malaysia berpotensi tinggi bagi meneroka peluang pelaburan baharu melalui hubungan strategik dengan rakan industri serta pelabur yang telah dikenal pasti oleh MFA.
"Delegasi turut mengadakan sesi libat urus bersama Persatuan Francais Emirates,Dewan Perniagaan Dubai dan rakan strategik lain,dengan tumpuan kepada trend pertumbuhan industri francais dan peluang kerjasama jangka panjang," menurut kenyataan tersebut.
Penganjuran misi itu dijangka memberi kesan pengganda ekonomi melalui peningkatan potensi pelaburan langsung,pengembangan rantaian bekalan industri francais,pewujudan pekerjaan bernilai tinggi,pemindahan teknologi serta peningkatan keterlihatan global jenama Malaysia.