Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-12-02
HaiPress

fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR,2 Disember - Penduduk terjejas banjir dinasihatkan agar berwaspada dan mengambil langkah keselamatan ketika melakukan kerja-kerja pembersihan rumah.
Ini bagi mengelakkan ancaman haiwan berbisa.
Menurut Ketua Sektor Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus,kes melibatkan haiwan berbisa menunjukkan peningkatan sepanjang tempoh bencana ini.
"Apabila mereka pulang dari pusat pemindahan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan rumah,kita minta supaya mereka memeriksa terlebih dahulu kawasan-kawasan yang lembap. Jika boleh,gunakan kelengkapan tertentu seperti sarung tangan dan kasut but getah tinggi," katanya kepada pemberita selepas sesi temubual di program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.
Tambahnya,kerja-kerja pembersihan sangat penting bagi mengelakkan situasi yang tidak diingini.
"Ini kerana haiwan pemangsa cenderung tertarik kepada sumber makanan seperti tikus dan haiwan kecil lain yang menyebabkan kehadiran mangsa semula jadi ini boleh menarik haiwan-haiwan pemangsa ke kawasan kediaman,sekali gus meningkatkan risiko kepada penduduk."
Setakat ini sekitar 60 peratus aduan yang diterima dalam kes harian APM melibatkan haiwan sepanjang tempoh banjir dan cuaca basah berpanjangan ini.