Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-12-02
HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Ketiga,Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini / BERNAMA
KUALA LUMPUR,2 Disember-Sebanyak RM500 juta diperuntukkan kerajaan bagi membaiki kerosakan infrastruktur awam yang terjejas akibat banjir di beberapa negeri.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,semua jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan telah diarah melakukan penilaian kerosakan serta memulakan pembaikan segera.
“Ini termasuk sekolah,klinik,kemudahan asas serta jalan dan untuk segerakan,saya meluluskan RM500 juta untuk tujuan membaiki kerosakan akibat banjir,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan,beliau memberitahu,Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) meningkatkan kesiapsiagaan dan melaksanakan tindakan susulan bersama pihak berkuasa tempatan serta kerajaan negeri bagi menangani situasi banjir.
Datuk Seri Anwar berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara.
RUU berkenaan diluluskan di Dewan Rakyat semalam selepas dibentangkan pada 10 Oktober lalu.