Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-12-11
HaiPress

Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA),Datuk Abdul Aziz Abu Bakar
KUALA LUMPUR,10 Disember- Keputusan kerajaan untuk meningkatkan peruntukan bayaran balik cukai daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion dilihat sebagai langkah yang memberi manfaat kepada Perusahaan,Kecil dan Sederhana (PKS).
Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA),Datuk Abdul Aziz Abu Bakar berkata penambahan peruntukan itu berpotensi membantu PKS dalam pengurusan aliran tunai serta pengukuhan modal kerja bagi menyokong kelangsungan operasi perniagaan.
"Isu bayaran balik cukai pendapatan,khususnya melibatkan PKS,merupakan satu perkara yang telah lama dibincangkan. Peningkatan peruntukan ini dijangka dapat memberikan kelegaan serta membantu memulihkan aliran tunai dan modal kerja PKS," katanya.
Tambahnya,pelaksanaan bayaran balik cukai yang lebih tersusun akan membolehkan PKS memanfaatkan semula sumber kewangan bagi aktiviti ekonomi,sekali gus menyokong pertumbuhan perniagaan dan peluang menjana keuntungan yang lebih baik.
Beliau turut menyifatkan langkah tersebut sebagai penting dalam mengekalkan keyakinan pembayar cukai terhadap sistem percukaian negara serta mengukuhkan hubungan saling percaya antara kerajaan dan sektor perniagaan.