Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-12-11
HaiPress

Gambar fail
KUALA LUMPUR,10 Disember - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu.
Pada penutupan,Disember 2025 naik satu mata kepada 1,612.0,Januari 2026 menambah 1.5 mata kepada 1,615.5,Mac 2026 meningkat setengah mata kepada 1,598.0 manakala Jun 2026 menokok 3.5 mata kepada 1,604.5.
Jumlah dagangan susut kepada 5,805 lot daripada 8,110 lot pada Selasa,manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 42,312 kontrak daripada 43,727 kontrak.
Pada 5 petang,FBM KLCI susut 3.17 mata atau 0.20 peratus kepada 1,611.00 daripada 1,614.17 ketika ditutup semalam.- BERNAMA