Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-12-29
HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,29 Disember - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan sebanyak RM41.04 bilion manakala dana Islam RM18.99 bilion.
Hari ini,BNM akan mengendalikan dua tender repo berbalik merangkumi masing-masing RM1 bilion untuk tempoh tujuh hari dan RM1.5 bilion untuk 31 hari.
Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada pukul 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM43.5 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM19.0 bilion.- BERNAMA