Konflik Asia Barat : risiko kemelesetan global – Presiden Singapura

2026-03-19     HaiPress

Presiden Singapura,Tharman Shanmugaratnam /foto REUTERS

SINGAPURA,18 Mac – Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam pada Rabu berkata konflik yang berpanjangan di Asia Barat serta penutupan Selat Hormuz boleh mencetuskan kemelesetan ekonomi global yang besar dan kadar inflasi yang lebih tinggi.

RINGKASAN BERITA AI

Bagaimanapun,beliau berkata Singapura mempunyai beberapa penampan strategik yang sedang dilaksanakan dalam mengharungi pergolakan itu sebagai sebuah negara kecil.

“Kami telah membina rizab yang akan membantu kami menangani krisis besar,sebagaimana yang telah kami lakukan sebelum ini.

Kami mempunyai Belanjawan Singapura yang membolehkan kami melabur dengan berani dalam setiap kemahiran dan keupayaan yang diperlukan,serta mengekalkan sebahagian kewangan untuk keperluan masa hadapan,” katanya. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.