Bantuan ke Gaza merosot 80 peratus sejak serangan Israel-AS di Iran

2026-03-20     HaiPress

Foto AFP

NEW YORK,20 Mac – Jumlah trak bantuan yang memasuki Semenanjung Gaza merosot kira-kira 80 peratus berdasarkan anggaran antarabangsa sejak bermulanya serangan Israel-Amerika Syarikat (AS) di Iran.

RINGKASAN BERITA AI

Dalam sektor kesihatan,sumber perubatan melaporkan kekurangan peralatan perubatan yang semakin serius serta memberi amaran mengenai risiko kegagalan grid kuasa yang bergantung kepada generator berikutan kekurangan bahan api dan alat ganti.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut memberi amaran mengenai kekurangan ubat-ubatan dan bekalan perubatan yang semakin meruncing.

Sementara itu,Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menegaskan bahawa bantuan yang disalurkannya “menyelamatkan nyawa kanak-kanak dan keluarga mereka di Gaza,” sambil memberi amaran bahawa sebarang gangguan akan terus memburukkan lagi keadaan kemanusiaan.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.