Thu Mar 26
Gangguan laluan Batang Benar–Labu selesai
2026-03-26
HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,26 Mac -Operasi tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter di laluan antara Stesen Batang Benar dan Stesen Labu kini kembali normal sepenuhnya selepas kerja baik pulih sistem elektrifikasi berjaya diselesaikan pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kesemua penumpang ETS serta perkhidmatan KTM Komuter yang terjejas telah selamat tiba ke destinasi masing-masing,” jelas kenyataan berkenaan.
KTMB turut menegaskan komitmennya untuk menangani sebarang gangguan dengan segera melalui tindakan pemulihan pantas dan pemantauan operasi secara berterusan bagi meminimumkan kesan kepada pengguna.
Dalam masa sama,syarikat itu turut merakamkan penghargaan kepada penumpang atas kesabaran dan kerjasama sepanjang tempoh gangguan serta memohon maaf atas kesulitan yang dialami.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini menerusi saluran media sosial rasmi KTMB atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200.



