Wed Apr 15
Kenaikan IPKP disifatkan ‘talian hayat’ kepada pesawah
2026-04-15
HaiPress

FOTO RTM
PASIR MAS,15 April – Golongan pesawah di seluruh negara kini boleh menarik nafas lega susulan keputusan kerajaan menaikkan kadar Insentif Pembajakan kepada Pesawah (IPKP) bagi musim penanaman 2026 sebagai langkah menangani impak krisis tenaga global.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Alhamdulillah,kenaikan kepada RM300 ini memang meringankan sedikit beban petani.
“Jadi kami lebih bersemangat dan boleh melakukan kerja-kerja pembajakan dengan bantuan yang disediakan itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Bagi Sayuti Awang,beliau menyifatkan penambahan insentif itu sebagai ‘talian hayat’ memandangkan kos asal penanaman kini semakin meningkat.
“Terima kasih kepada kerajaan kerana peka. Kalau tidak dinaikkan,ia akan menjadi bebanan yang sangat berat kepada kami.
“Saya harap insentif seperti ini berkekalan dan sentiasa ditambah baik mengikut keadaan semasa,” ujarnya.
Dalam pada itu,Nor Zari Mat Isa berharap urusan pendaftaran bagi mendapatkan manfaat tersebut dapat dipermudahkan melalui agensi setempat seperti Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).
“Petani bukannya orang kaya,kami memang mengharapkan insentif dan subsidi daripada kerajaan.
“Jika urusan pendaftaran kenderaan dan bantuan ini dimudahkan melalui PPK,ia sangat membantu kami yang bekerja di bendang ini,” jelasnya.
Sementara itu,Pengerusi PPK Alor Mas,Zahri Omar berpendapat kenaikan drastik kadar IPKP itu akan menjadi perangsang utama kepada petani untuk terus meningkatkan produktiviti.
“Dengan bantuan terkini yang diluluskan kerajaan,Insya-Allah ia akan memberi motivasi semula kepada petani untuk mengusahakan sawah mereka dengan lebih tekun,” tambahnya.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.



