Keselamatan makanan menjadi keutamaan global: Putera Mahkota Brunei

2026-04-24     HaiPress

Putera Mahkota Brunei,Haji Al-Muhtadee Billah/Foto PBB

BANDAR SERI BEGAWAN,24 April – Putera Mahkota Brunei dan Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Haji Al-Muhtadee Billah menegaskan bahawa keselamatan makanan kini menjadi keutamaan global susulan cabaran yang semakin meningkat akibat perubahan iklim,tekanan terhadap ekosistem serta ketidaktentuan geopolitik yang menjejaskan rantaian bekalan,lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI

Berucap pada pembukaan sesi ke-38 Persidangan Serantau Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) bagi Asia dan Pasifik yang diadakan berhampiran ibu negara,Bandar Seri Begawan pada Khamis,baginda menekankan bahawa keselamatan makanan bukan sekadar melibatkan aspek ketersediaan makanan.

Baginda berkata ia turut merangkumi akses kepada makanan,pemakanan yang mencukupi serta daya tahan sistem makanan.

Persidangan itu berfungsi sebagai platform rasmi bagi menteri dan pegawai kanan membincangkan isu keselamatan makanan di samping merangka hala tuju strategik untuk memperkukuh kerjasama dan integrasi serantau dalam sektor pertanian. Ia juga membolehkan negara berkenaan memperkukuh rangkaian kerjasama dengan negara anggota FAO yang lain.-BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.